Hanya aku Cinta Kau Seorang (HACKS)....



Hi Blog,
Semalam aku baru lepas tengok filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang. Sebab utama aku tengok citer ni sebab aku minat sangat dengan Aeril Zafril dengan Nuremy Ramli.Plus lak Nuremy pegang  watak utama lak dalam movie ni.Citernya Ok la tapi banyak yang boleh diperbaiki dan diperkemaskan lagi di masa akan datang. (uish ayat wa skema tol).Cuma aku suka sangat dengan kata-kata puitis dalam movie ni sebab aku rasa ia sangat menyentuh hati jiwa raga semua laa..hoho..

These are my favourite sayings and quotes  in this movie..


"Cinta Platonik tu satu perhubungan lebih dari sekadar kawan di antara sepasang lelaki dan perempuan. Tapi tiada unsur tarikan seksual atau pun  fizikal..."  ~Mukhlis~ 

Mukhlis: Nget, pejam mata.
Murni   : Kenapa?
Mukhlis: Pejam la mata.
Murni   : Cepat laa,gelap.
Mukhlis: Macam tu la aku tanpa kau..
 

"Bila kau sayang seseorang kau akan biarkan dia memilih dan terima apa jua pilihan dia, tapi bila kau cinta atau suka seseorang kau akan selalu menunggunya dengan setia dan tulus." ~Mukhlis~

"Aku mencintainya dengan sederhana seperti kata kayu kepada api yang menjadikannya abu." ~Mukhlis~

"Aku ingin mencintainya dengan sederhana."   ~Mukhlis~

"Percintaan tu tugu kasih sayang yang kukuh, kolam persahabatan yang teguh,  gunung setiakawan yang utuh, sungai kebahagiaan yang teduh, bersama susuri arus gelombang semua tu kena luahkan.."  ~Ayim~ 

"Hari ini aku sedar bahawa janji itu jugalah cuma sebahagian daripada kata-kata.. dapat dirubah, boleh juga untuk dilupakan... Memberi janji mungkin mudah untuk melupakan tapi menerima janji... sampai mati diingati. Ada waktunya, janji juga menjerut hati sendiri... semata-mata untuk kegembiraan orang yang kita cintai..." ~Mukhlis~

"Lelaki gunakan istilah berkawan sebagai pembuka kepada setiap hubungan yang lebih serius, tapi perempuan gunakan istilah bekawan untuk memutuskan sesuatu ikatan......" ~Mukhlis~ 

"Permulaan cinta, kita biarkan orang yang kita cinta jadi diri dia sendiri. Kita tak perlu ubah apa-apa pun. Kalau tak, nampak macam kita pentingkan diri..."  ~Mukhlis~


"Sesungguhnya kita tak pernah jauh..." ~Murni~ 
 
p/s: Rupanya ayat-ayat jiwang ni kebanyakannya dari si Mukhlis..hoho....






Comments

  1. Like it..
    slm kenal ye...

    admin yg cantik,,
    sila singgah k blog saye
    tp masih ancur2 ,hehe


    istanasiak.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..lama dah xjenguk blog ni..ok nnt singgh..

      Delete
  2. Salam admin...

    Admin mesti tau smua part dlam filem nii... Sya nk tnya tajuk lagu part adek iqwal nangis dpat tau abg dya skit kanser...
    Plezz admin.... Sya cari dah lma lagu tuhhh...

    ReplyDelete
  3. Ooo ni k ayat jiwang ...cerita ni hacks hoho
    >°< >∆<

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts