For Guys.......

Hati Seorang Wanita.......

1. Apabila si dia mengaku sedang bersedih, tetapi tidak mengeluarkan air mata, bermakna si dia sedang menangis di dalam hatinya..

2. Jika si dia tidak mempedulikan anda selepas anda melakukan kesilapan, berilah masa untuk si dia bertenang dahulu sebelum anda menyentuh hatinya dengan memohon kemaafan..

3. Si dia sukar mencari perkara yang dibenci tentang lelaki yang dicintainya melainkan apabila hubungan hubungan itu terlerai, maka akan terdamparlah 1001 kebencian dari hatinya..

4. Bertuahnya menjadi lelaki yang amat dicintai oleh si dia kerana setiap saat dan ketika si dia akan mengingati dan merindui anda biarpun ketika itu mungkin ada lelaki lain yang sedang cuba menggodanya..

5. Renungi mata si dia sambil memberikan senyuman yang cukup menawan. Pasti pipi si dia merona kemerah-merahan. Yes! You'll make she melt..

6. Si dia suka anda memujinya walaupun hanya sekadar pujian atas angin. "Awak bertambah manis bila merajuk"..

7. Jika anda selalu cuba memikat si dia, mulalah si dia akan memikirkan yang anda memang amat menyukainya, walaupun sebenarnya anda cuma nak test power. Jadi jika anda menganggap si dia hanya kawan biasa,jangan sesekali cuba menyentuh hatinya..

8. Jika si dia meluahkan perasaannya kepada anda, sedangkan anda cuma menganggapnya sekadar teman(tapi mesra!) tolaklah secara baik dan berhemah. Tapi pasti tiada siapa yang suka direject..

9. Apabila si dia mula menjauhkan diri selepas cintanya ditolak,biarkan si dia bersendirian buat seketika waktu. Bila keadaan kembali pulih, anda perlu berterus-terang dengannya yang anda cuma mahu berkawan sahaja..

10.Wanita suka bercerita tentang apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,novel cinta,lagu-lagu cinta dan sebagainya. Mereka juga suka mencurahkan rasa hati melalui penulisan. Mereka juga suka mengumpul kata-kata hikmah. Ini bermakna begitu puitis perasaan mereka..

11.Jangan sesekali berkata mereka tidak berguna walaupun ketika bertengkar. Ini akan membuatkan semangat mereka lebur sama sekali..

12.Berkelakuan sangat serius amat menakutkan wanita. Jadi janganlah terlalu serius dalam segala-gala hal. Selitkan sense of humour kerana wanita sukakan lelaki yang kelakar dan pandai menghiburkan hati mereka..

13.Apabila menerima panggilan telefon dari lelaki yang diminati walaupun ketika itu reaksi si dia biasa-biasa sahaja, pada hakikatnya si dia terlalu gembira dengan panggilan tersebut.Dan cerita anda menghubunginya akan tersebar kepada teman-teman rapat untuk berkongsi cerita..

14. Senyuman memberikan 1001 makna terhadap seorang wanita. Jadi,jangan biarkan mereka membuat andaian terhadap senyuman anda..

15. Jika anda menyukai seorang wanita, cuba mendampinginya sebagai kawan terlebih dahulu. Si dia perlu mengenali anda..

16. Jangan cuba untuk meneka apa yang sedang bermain di minda dan hatinya, anda perlu bertanya!!

17. Ungkapan "I Love You" dari seorang lelaki yang dicintai, bisa membuatkan jiwa si dia melayang..

18. Bila si dia benar-benar jatuh cinta, pasti dia akan terfikir mengapa sebelum ini dia cuba menjauhi lelaki tersebut..

19. Bekas kekasihnya masih kekal dalam memori tetapi lelaki yang kini dicintainyalah yang merajai hatinya..

20. Hanya dengan ucapan "Hai" boleh membuatkan si dia ceria sepanjang hari. Jangan lupa untuk menegurnya..

21. Jika sukar mendekati dirinya, mungkin anda boleh mencungkil cerita-ceritanya dari sahabat karibnya. Wanita memang suka berkongsi cerita dan luahan rasa bersama sahabat karibnya..

22. Mereka benci dengan lelaki yang mendampingi mereka semata-mata mahu mengenali kawan-kawan yang lebih cantik dari dirinya..

23. Mereka juga tidak suka menjadi 'persinggahan sementara' selepas anda putus cinta kerana pasti anda akan meninggalkannya selepas menemui cinta baru..

24. Ada sesetengah wanita mementingkan paras rupa dan ada juga yang sukakan cara lelaki berfiki. Tapi pada hakikatnya mereka lebih tertarik dengan lelaki yang menyintai dan dan mengambil berat tentang mereka..

25. Walaupun berpelajaran tinggi ada karier yang bagus dan harta yang berbukit, wanita tetap perlukan cinta! Maka jadilah lelaki yang mencintai dan dicintainya..

Comments

Popular Posts